Camna Korang Urus Kewangan ?

Alhamdulillah... di umur saya sekarang yang tak berapa nak muda nih, dah ada kerja tetap. Ada rumah sendiri. Ada lahhh simpanan sket2. Ada anak2 dan suami. Ada bisnes sendiri..Shaklee ler, apa lagi...hahahaha...





Semua nih aset tau.. tapi semua nih tak datang bergolek. Kena ada usaha. Tengok org lain dah kumpul harta juta2.. kita nih baru seciput. Takpe lahh..rezeki masing2 kan?

Yang penting, kita kena ada perancangan. Kena pandai mengurus kewangan. Dahulukan kehendak, bukannya keperluan. Sebab ramai yg mendahulukan keperluan lah, ramai yg gagal dalam tadbir urus kewangan. 



Cuma dok fikir2 dalam 20 tahun akan datang, apa akan jadi yer..? Rasa2 nya mcm nak pergi buat Haji awal sket pun ye.. Nak belikan rumah atau tanah sorang satu untuk anak2 pun ada jugak impiannya. At least, biarlah anak2 dah ada aset sendiri walaupun sedikit. Macam2 ada dalam kepala. Harap2 dapat jadi kenyataan lah.

Pepun, bila dpt gaji atau bonus bisnes... reward kan diri dulu. Perlu reward ni tau sebab nak bagi ganjaran atas usaha kerja kita.. kikiki... barulah semangat nak buat kerja berterusan. 












Mencari Semangat Yang Hilang


Semangat setiap orang yang berbisnes ada pasang surutnya. Ini hampir pasti. Bukan bisnes Shaklee yang pasang surut. Tapi sikap individu tu sendiri.

Saya tidak terkecuali. Hampir2 menyerah kalah. Lama jugak saya menyepi. Bukan menyepi 100%. Tapi bila ada orang tanya "ko buat Shaklee lagi ke?".. itu petanda apa?? Itu petanda tak baik. Maksudnya, orang dah tak nampak kelibat kita dalam bisnes Shaklee.



Bila dapat soalan camtu, serius... saya rasa seram sejuk. Rasa takut. Sebab tiba2 saya rasa saya dah takde hala tuju dalam Shaklee. Mana best kalau buat benda sekerat jalan kan? Alang2 menyeluk pekasam. biar sampai ke pangkal ketiak...kuikuikui...

Sejak dari tuh, saya muhasabah diri. Duk fikir2, apa yang aku kena buat. Mengadu dengan upline... kena brainwash kaw2...huahuahua.. sentap sekejap. Tapi tak ambil masa lama untuk sentap, untuk bersedih. Orang lain dah maju ke depan. Ko tak abis2 dengan sentap. Salah sendiri kan? Padanlah muka...




Now, saya rasa dah lain macam. Dah ada semangat balik. Dah mula aktif buat task. Dah mula konsisten update blog. Pelik bila tengok leader2 makin maju & laju...sedangkan ada yang dah menyerah kalah. Pendek kata, leader2 tak terjejas pun sebab bisnes Shaklee nih bisnes individu. Income tak bergantung dengan orang lain. Ko buat ko dapat.. ko tak buat, sila babai...



Jadi, bertindaklah sekarang. Jangan bertangguh !

Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes


Waktu kali pertama saya join Shaklee untuk buat bisnes, leader saya bagitau..

"..Kena kuatkan hubungan dengan Maha Pencipta. Buat yg wajib...amalkan yang sunat. Jaga Allah dahulu, baru lah Allah akan jaga kita. Turutkan perintah Dia dulu..baru lah Dia akan tunaikan permintaan kita. Bergantung lah 100% hanya pada Dia. Bukan pada orang lain. Bukan hanya untuk bisnes, tapi untuk kita hidup senang kat dunia dan akhirat."



Tersentak saya. Tiba-tiba rasa diri ini begitu kerdil....kikiki.. walaupun selalu dengar orang cakap camtu. Tapi tak sangka, akan dengar dari mulut seorang leader bisnes. Sebab sebelum nih, saya asyik lahhhh duk sangka yang bukan2 pasal leader2 MLM ni...huhuhuhuhu....i'm sorry..


Alhamdullillah... begitu banyak perubahan yang saya dapat. Yang paling utama, sikap positif. Sentiasa berfikiran positif walaupun ada penolakan. Kesabaran yang tinggi juga perlu dalam berbisnes. Bukan Shaklee je... tapi semua jenis bisnes. Sebab ianya memakan masa dan "memakan hati"... hahahaha.... kalau tak sabar, dah lama saya fedup. Dah lama saya beralih arah.

Fikir yang baik-baik.. maka, akan datanglah perkara yang baik-baik dalam hidup. Sentiasa kena ingat, Allah akan bertindak mengikut sangkaan hamba-Nya.



Jadi, think positive & positive things will happen.













Siapa Cakap Bersalin Czer Itu Tak Sakit ?



Ada org ckp, bersalin czer lah mudah. Senang. Tak sakit.


Wooottttt.....sapa ckp tu? penah kena czer ke?

Kalau tak penah kena czer, ketahui lah bersalin czer nih lagi sakit dari normal. Lagi2 bila ubat bius dah habis kat tubuh.. Allahurabbi.. sakitnya sampai sy menangis. Sakit kontraksi pun tak menangis tau..huhuhu...

Camna sy tau? Sy lah tu yg bersalin czer. Ya Ampunnn... anak masuk 5 tahun pun masih lagi rasa sengal2 kat perut. Tambah2 lagi, time branak sulung.. apa pun x tau. Jamu tak makan walaupun puas kena paksa. Cukup dgn ubat klinik dan pati ikan haruan yg jual di Guardian tu je. Bengkung pun pakai kadang2. Berurut ? Lagi lah tak..(jgn tiru mcm sy yer).


Bila pregnant anak ke2 lapan bulan kemudian.. (ini eksiden. tak sengaja. kena marah dgn nurse KK...kuikukui), mula lah rasa sakit itu, lenguh ini. Kesan2 dari czer & tak berpantang mcm org czer time bersalin dulu. Sy nekad kali ni, sy nak bersalin normal, dan Ahamdulillah...Walaupun anak ke2 beratnya 4.01kg, ku berjaya teran sampai keluar... dah mcm hulk hogan rasanya...hahahhaha... Untuk pengetahuan korang, anak sulung sy pun berat jugak. 4.05 kg.. fuhhhh...


Org terpilih kut sy nih sbb dpat rasa bersalin 2 kaedah. Tak semua org dpt rasa tau. Moga2 lepas ni dpt bersalin normal lagi (plan nak tambah anak ler tuhhh). Dah taknak czer. Menyakitkan dan memeritkan.

Dan waktu pantang anak ke2 adalah paling best. Sbb sy pantang mmg ikut betul2 kali nih. Berurut, berbengkung.. tapi jamu still tak makan. Tak boleh telan. Cukup lah dgn set pantang biasa. Tu pun member2 ckp, tak mcm org dlm pantang. Cergas mcm biasa. Luka jahit pun ok. Tak sampai seminggu dah kering. Syok wooo.....nurse yg dtg check kat rumah pun puji luka dah cantik. Semua pakat duk tanya makan apa dlm pantang...kikiki...

Jadi, wanita2 di luar sana, berdoalah banyak2 biar dpt bersalin normal. Nikmat sakit beranak tu yg kita nak sbnrnya. Tapi kalau dah ditakdirkan kena czer, terima jelah. Yg penting, baby dan kita selamat.
Ko guano ??








Berhujung Minggu Di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Yahooooo.... cuti sekolah dah bermula. Tapi anak2 saya takde yang sekolah lagi. Masih di tadika.




Kenapa saya suka sangatttt cuti sekolah? Sebab jalan tak jem nak pergi kerja.. hahhahha... kalau tak seawal 6.45pagi dah kena turun dari rumah. Sekarang jam 7 lebih pun masih sempat.

Cuti sekolah tetap kena kerja lah kan sebab saya bukan cikgu. Tapi saya memang akan bawak anak2 jalan2 jugak hujung minggu. Biasanya hari Ahad. Kalau luar KL, ke Melaka lah biasanya.

Saya suka bawak anak2 saya ke taman tema air. Sebab anak saya yang kedua takutkan air yang berombak. Sekurang2 nya dapat jugak bagi dia pengalaman main air tanpa rasa takut. Apa yg saya perasan, dia makin berani dengan air walaupun jenuh jugak mengajak dia masuk dalam kolam.

Anak2 pulak dah pandai sekarang. Asyik request nak stay kat hotel yang ada water park... huhuhuu.. So, kena menabung lerr.. Kalau nak tau detail pasal Bayou Lagoon, boleh ke website ini. Harga bilik pun just nice. Takde lah mahal sgt2.

Anak ke-2, Raja Aneeq Nuqman bin Raja Aznan




Bayou Lagoon Resort, Melaka

Anak saya yang sulung memang dari kecil lagi tak takutkan air. Kalau ke taman tema, memang saya lepaskan aje dia main. Tengok2, dah ada kawan. Anak saya yang sulung memang mudah dapat kawan. Peramah pun yerr....Bila dah ada geng, lagi syok kotttt... sebab tu sampai taknak berhenti main walaupun jari tangan kaki semua dah kecut...huhuhuu....

Apa pun, ini lah syurga saya dan suami. Bila anak2 happy, kami lagi happy.







Apa Kaitan Imuniti Dengan Vitamin ?

Imuniti merujuk kepada keupayaan untuk mencegah penyakit dan melawan jangkitan. Sebahagian daripada sistem imun kita termasuk sistem limfa, sel-sel darah putih, dan hati dan ginjal yang membuang kekotoran dan bahan buangan.



Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.

Sekiranya anda merasakan anda TIDAK PERLU mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita. sumber

Pada pendapat saya, Ya...kita perlukan makanan tambahan.

Macam saya sendiri, walaupun pemakanan masih dijaga.. tapi supplement perlu ada. Sebab saya tak yakin adakah zat dan nutrient dalam makanan yg diambil boleh diserap 100% oleh tubuh saya dan keluarga. Terutamanya, anak2 saya yang sedang membesar.

Stok supplement utk famili saya, mmg ada 4 5 jenis. Antaranya, Omegaguard, Vitamin C, Nutriferon, Mealshakes, ESP dan Vitalea. Ni pun dikira sedikit kottttt.....hahahahaha....



Cuma saya bernasib baik sbb anak2 saya tidak menolak supplement. Suami pun boleh terima. Kadang2 dia plak yg tolong belikan....hehehe...

Apapun, bagi saya, kesihatan keluarga lah yang paling utama. Kalau ada ahli keluarga yg sakit, satu kerja apa pun takleh buat dgn tenang. Tak rugi melabur sedikit utk kesihatan.

Betul tak??





"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"







* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Menyesal Kerana SHAKLEE !!

Teringat camna saya begitu anti-kan Shaklee. Kaw-kaw saya bahan Shaklee dlm group. Padahal saya tak penah guna Shaklee dan tak penah tau apa lebihnya Shaklee. Tapi kenapa saya asyik duk bahan je.. ?

Soalan kawan saya ni buat saya sentap... hahahahha....



Penah ada kawan tanya saya, apa yg saya suka sgt pasal Shaklee sampaikan saya tak amik supplement lain ? Ya,  sejak saya kenal Shaklee...saya mmg tak makan supplement jenama lain. Tak berani kata ko...


Produk feveret saya ? 
Mestilah ESP. Sbb ESP yg menjebakkan saya dlm Shaklee. ESP, supplement Shaklee pertama yg saya amik. Bila dah try, terus jatuh cinta. Kiranya macam "tersuka tanpa sengaja"lah... kikiki..

Kenapa ESP? 
Sbb ESP lah yg mengubah persepsi saya terhadap Shaklee. Terhadap supplement. 1st time nak beli ESP, mcm ye tak ye je. Tapi bila fikirkan betapa muaknya nak minum anmum hari2 (time tu pregnnt anak ke2), ku redah jua... rasa mcm poyo plak...wakakaka...





Dan fuhhhh.... bila dah mula minum, timbul rasa menyesal. "MENYESAL SBB TAK KENAL ESP LEBIH AWAL"


Kalau korang taknak  rasa menyesal mcm saya, kena cuba ESP sekarang.








"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"




Aku Yang Suka Jalan-Jalan Di Hujung Minggu

Duk skroll fb wall, nampak mmber2 asik lerr cite pasal hobi masing2.. 

Pastu, mula lah sy duk pk2..." aku nih ada hobi ke??" hehehe...

Maklumler, zaman bujang dulu banyakkkk sgt hobi. Skang bila dah kawin dan ada anak2, tak tau dah hobi tuh apa. Macam xde jer.. 

Cuma satu je yg saya perasan, sy suka hang out dgn famili tiap kali cuti. Tak kira lah g mana pun. Taman dekat rumah pun jadi. Suka bawak anak2 keluar jalan2 walaupun dalam kereta dah mcm kena ribut taufan.


Weekend, especially ari ahad mmg sy gantung kuali. Bawak anak2 makan kat luar sambil jalan2 & window shopping...kikiki. Sbb sy fikir, time weekend & cuti lah hanya masa yg saya ada untuk anak2. Kalau hari kerja, berapa jam sangat lah masa saya bersama anak2 & family. 


Kalau ada bajet lebih sket, bawak g hotel & mandi kat waterpark. Sampaikan skang nih, tiap2 kali cuti anak2 mintak nak tido kat hotel...masakler anak oiiii.... huhuhuhu....

Cuma kadang2 kalau sempat, sy beleklah novel sebijik dua. Hobi saya masa bujang yg tak boleh ditinggalkan.  




Salam sayang....






Korang Ingat Produk Shaklee Bagus Sangat Ke..??


Saya dulu anti-supplement. Lebih2 lagi Shaklee... hahahaha. Sbb ter"aktif" dlm satu group ni di fb. Jadi kiranya mcm di "brainwash" lah. Macam2 disogok2 kan pasal Shaklee. "dedak", "instant food", "buatan US", "yahudi". Pendek kata, mmg harus boikot terus lah Shaklee dlm kitaran hidup.

Tapi, tu lahhh... bila terlalu membenci kan, biasanya akan jadi jodoh kita...kuang...kuang...kuang...



Kenal Shaklee waktu pregnant anak ke-2. Sebabnya dah muak minum anmum. Nak cari susu lain. Gugel punya gugel.. terlekat dgn ESP. Gugel lagi pasal ESP sampai lunyai. Last2, beli lah satu tong. Sekarang, jadi minuman feveret.

Ramai plak yg tanya lepas tu, best ke makan vitamin Shaklee sampaikan terus sign up jdi ahli? Siap pomot & jual lagi...



Ehhh... gila tak best? Kalau korang nak tau, Shaklee nih SYARIKAT SUPPLEMENT SEMULAJADI NO1 DI US. Shaklee dah melabur lebih dari US$250 juta tau utk R&D. Siap ada Landmark Study. Kalau nak tau apa tu Landmark Study, sila gugel & gugel kan sekali kalau2 vitamin lain pun ada Landmark Study jugak. Yg penting, Shaklee bukan vitamin sintetik yg penuh dgn pewarna dan perisa tiruan.

Lagi best, ada plak soklan.. "Kalau Shaklee nih hebat bebenor, kenapa takde ladang sendiri?"

Hmm... daripada melaburkan duit utk ladang, lebih baik laburkan duit utk R&D. Tumpukan 100% utk R&D. Jimat masa, jimat tenaga. Lagi satu, dpt jimatkan duit utk kos buruh & macam2 lagi utk pengurusan ladang. Ladang2 yg nak supply bahan mentah utk kompeni Shaklee buat vitamin, perlu melalui tapisan yg ketat. Kekurangan walaupun cuma 1% pun dah kena reject. Haa.. tak ke hebat tu ? Ni bukan propa tau. Bukan saja2 claim. Ada fakta. Sila gugel.

Yg penting, famili saya makin sihat. Anak2 pun dah tak bergantung kpd ubat klinik dan hospital 100%. Tipu lah kalau kata tak sakit langsung. Tapi takde lah memanjang je sakit mcm sblm2 nih. Sebab dah ada prevention kan... bak kata org "PREVENTION IS BETTER THAN CURE".


Kalau tgk di luar sana, dah ramai yg berjaya dgn Shaklee. Siap boleh sponsor mak ayah buat haji. Buat umrah. Melancong. Tapi yg paling penting, dapat "kebebasan kewangan dan kebebasan masa". Tak terikat dgn sapa2. Kecuali Allah SWT. Itu yg ramai org nak sebenarnya, termasuk lah saya. Tapi dgn syarat, kena keje kuat. Kalau ke laut, semua impian pun ke laut lah jawabnya.

Jadi, pesanan utk yg di luar sana.. cari lah ilmu pasal supplement. Tak semua supplement tu sama & bisnes Shaklee pun tak sama dgn MLM yg lain (tak payah nak buat loan puluh2 ribu....kikiki)



Kesimpulannya, belajar & terus belajar utk dapatkan ilmu. Bukan main hemtam kromo je...



Salam sayang..