Teknik Meneran Yang Betul Semasa Bersalin Akan Memudahkan Kelahiran

Semasa saya menulis artikel ini, terbayang-bayang saat saya melahirkan anak kedua saya. Secara normal di HUSM, Kubang Kerian. Sangat menyakitkan dan sangat mendebarkan. Betul lah kata orang yang berpengalaman. Sakitnya seperti nak terputus nyawa. Hampir-hampir saja saya minta untuk dibedah kerana tak tahan menanggung sakit.



Bila rahim dah terbukak 10cm, saya diminta meneran untuk mengeluarkan bayi. Aduhhh...saya yang kali pertama bersalin normal (anak sulung secara ceaser), terpinga-pinga. Tak tau cara nak meneran. Nurse yang ada bersama saya time tu cuma bagitau "teran macam nak buang air besar". Sakitnya hanya Allah je yang tau. 

Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar doktor dan nurse pada waktu tu.. tak sampai 5 kali teran, keluar lah bayi saya yang seberat 4.01kg. Rupa-rupanya nak meneran pun kena ada cara yang betul. Tak boleh main teran je. Kalau tak, baby susah nak keluar & koyakan akan jadi teruk. Silap-silap, kita pun akan mudah penat sebab kehilangan tenaga yang banyak. 

Untuk bakal-bakal ibu yang akan bersalin anak pertama, di sini saya senaraikan teknik meneran yang betul supaya dapat memudahkan proses kelahiran kelak.
  • Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada
  • Mata memandang ke arah perut
  • Tangan pegang pergelangan kaki
  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran kerana kita perlu menyimpan tenaga untuk meneran
  • Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka tidak akan melibatkan bahagian dubur (anus)


  • Tarik nafas dengan dalam seperti keadaa membuang air besar
  • Pastikan kita tidak menghembuskan nafas dengan kuat
  • Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh (10saat sekiranya boleh, kemudian curi nafas yang baru dan sambung meneran sekiranya masih ada kontraksi)
  • Rehat dan relaks ketika kontraksi tiada
  • Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi
  • Elakkan menjerit-jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan

Semasa proses bersalin, doktor akan memeriksa jika kepala bayi turun dengan betul atau tidak. Kalau kepala turun dengan betul, proses meneran akan diteruskan sehingga lebih kurang sejam bagi yang bersalin kali pertama atau 30 minit bagi yang dah ada pengalaman. Itu pun jika CTG masih aktif. 

Bagi ibu-ibu yang Muslim, boleh lah amalkan doa untuk mudah bersalin sepanjang mengandung. In Shaa Allah... akan dipermudahkan.









Ingin dapatkan Set Mengandung & Set Berpantang Shaklee ?

boleh hubungi saya:



☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com


Sebarang pembelian melalui blog mummyaliff, 
anda layak untuk mendapat konsultasi penuh dari saya 
                                                




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"