Susu Yang Dicari Oleh Wanita Yang Sedang Hamil





Bila dapat tau mengandung, dah ada plan dalam kepala nak dapatkan yang terbaik untuk baby dalam perut. Tak kiralah samada yang kali pertama nak jadi ibu atau yang dah ada anak berderet. Semua mesti nak yang terbaik. Terutamanya susu untuk ibu mengandung. Agak pening juga nak memilih sebab banyak sangat yang ada di pasaran. Pelbagai rasa & perisa.

Susu adalah minuman yang tinggi kandungan protein. Terutamanya susu yang berasaskan soya. Sebab itu ESP Shaklee sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang mengandung & ibu yang menyusukan anak. Hampir kesemua vitamin yang diperlukan oleh golongan ini boleh didapati dalam ESP.


ESP Shaklee

Mengapa protein penting untuk ibu hamil ?

Apabila seseorang wanita itu mengandung, dia sebenarnya sedang berkongsi segala-galanya dengan anak di dalam kandungan termasuklah segala vitamin & mineral yang si ibu makan. Kalau kurang protein , akan ada pula risiko yang bakal dihidapi oleh si ibu:
          • risiko keguguran
          • cepat penat
          • gigi mudah tercabut
          • sakit tulang/osteoporosis
          • kurang berat badan

Kalau bayi pulak kurang protein, mungkin akan berlaku kecacatan pada bayi, kerosakan otak, penyakit tulang lemah & tulang-tulang yang lambat terbentuk.




Sebab itulah ibu-ibu yang sedang mengandung disyorkan untuk ambil lebih kurang 70g protein setiap hari. Kalau ambil 3 sudu besar ESP tiap-tiap hari, kita akan dapat 28g protein. Ditambah pulak dengan protein yang ada dalam makanan kita seperti ayam, ikan, daging & produk-produk tenusu yang lain. Jadi tidak mustahil, ibu hamil akan dapat protein yang cukup.

jumlah nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung & ibu yang menyusukan anak


Selain daripada itu, ESP dijamin dapat sediakan 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia cuma dapat diperolehi melalui makanan. Adakah kita yakin bahawa apa yang kita makan setiap hari mampu sediakan 9 jenis asid amino ini ? Atas sebab inilah ramai yang mengesyorkan ESP untuk melengkapkan asid amino dalam tubuh kita.









Sebenarnya memang dah ramai yang berpuas hati dengan ESP. Lebih-lebih lagi sebab soya yang digunakan untuk jadikan ESP ni dari jenis yang NON-GMO. NON-GMO ni bermakna BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPURKAN DENGAN SEGALA BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Yang paling bagus, ESP ni dijaga dalam bentuk NON-GMO sejak mula ditanam dari anak benih sehinggalah membesar.



Jadi pastikan susu soya yang kita minum setiap hari ditanam secara NON-GMO untuk mengekalkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.



Inginkan kebaikan ESP untuk bayi yang sedang membesar dalam rahim anda ?

 order sekarang













Cyst Semasa Hamil. Berbahaya atau tidak ?


Cyst ketika hamil dikenali sebagai Ovarian Cyst.
Petang semalam ada seorang kawan yani bagitau yang dia pregnant. Tetapi doktor sahkan dia ada cyst sewaktu ultrasound. Yani tak pasti plak ukuran cyst dia. Rasa-rasanya tak berapa besar sangat kalau dari apa yang dia ceritakan. 



Bahaya atau tidak ?

Cyst ni biasanya tidak merbahaya dan akan berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1000 wanita hamil. Dalam kebanyakan kes, cyst biasanya akan kecut dengan sendiri seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan. Tahap bahayanya cyst ni bergantung kepada saiz dan jenis cyst tu. Kalau doktor check dan bagitau ianya cuma sejenis cecair, maka ia tak bahaya. Tapi tetap jugak kena buat pemeriksaan teliti dengan membuat pemeriksaan darah untuk nak pastikan dengan lebih tepat lagi jenis cyst yang ada dalam perut kita tu. 

Saiz cyst yang kurang dari 5cm, biasanya ia tak ganggu janin dan tak bahaya pun. Cuma kena buat pemeriksaan berkala je. Tapi jika saiz cyst lebih 5cm, mungkin akan ganggu proses kehamilan kerana ia berisiko untuk pecah, berdarah & berpintal. Komplikasi kelahiran pra-matang & keguguran mungkin akan berlaku. Kalau doktor mendapati cyst kita jenis kanser, doktor akan buat pembedahan walaupun cyst tu kurang dari 5cm. 

Pembedahan 

Tapi ada di kalangan kita yang tidak mahu lakukan pembedahan untuk buang cyst walaupun sudah berkali-kali dinasihatkan oleh doktor. Perlu diingatkan, banyak risiko yang perlu dihidapi jika kita menolak pembedahan. Di antaranya:
  • akan berlaku pendarahan
  • keguguran & kelahiran pra-matang
  • cyst akan membesar dan pecah
  • risiko pembedahan kecemasan yang mana akan melibatkan lebih banyak komplikasi


Kesimpulannya, jika mengandung dan disahkan terdapat cyst, buatlah pemeriksaan berkala dengan doktor untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak dingini kepada janin di dalam kandungan dan juga kepada diri kita sendiri.

Jika tidak hamil tetapi mempunyai masalah cyst, anda boleh mengambil GLA Complex untuk mengecutkan cyst anda. Elakkanlah dari cyst kerana ia akan mengganggu proses kesuburan  & hormon tubuh anda. 

GLA Complex ini TIDAK BOLEH DIAMBIL oleh wanita hamil.













Vitamin Shaklee Untuk Suami Yang Gagal Menghamilkan Isteri





Kenapa Shaklee pun ada menyediakan SET KESUBURAN LELAKI ? Sebab yang paling utama ialah "tak semua lelaki subur & tak semua wanita mandul". Kalau dah kahwin lama tapi masih tak ada anak, lebih baik suami isteri sama-sama ke klinik. Check kesuburan masing-masing. Andaikata si suami yang bermasalah, SET KESUBURAN SHAKLEE khas untuk kaum lelaki yang boleh membantu di mana terpulang kepada tahap kesuburan suami itu.


set subur shaklee untuk lelaki


Kaum suami jangan gundah gulana jika anda disahkan tidak subur. Tidak subur bukan bermakna anda tak mampu menghamilkan isteri anda tetapi anda cuma perlukan sedikit sahaja bantuan. Cuma si suami perlu pastikan apakah sebenarnya masalah yang dia hadapi. Adakah bilangan sperma yang sedikit ? Sperma cair ? Sperma yang tidak kuat & perlahan ? Sperma yang abnormal ? Tiub tersumbat ? Atau masalah-masalah lain yang perlu dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor.

Antara vitamin Shaklee yang disyorkan untuk meningkatkan kesuburan lelaki ialah, Vita E Complex, Zinc Complex & CoQ Health. Setiap vitamin ini berfungsi untuk meningkatkan stamina lelaki dan membantu sperma berfungsi dengan baik. 




vitamin e untuk sperma lelaki

zinc complex untuk kesuburan sperma

CoQ Health untuk kesuburan sperma
Yang penting, suami isteri jangan berputus asa. Ikhtiar selagi boleh & sentiasa memohon kepada Yang Maha Kuasa. Banyakkan bersedekah & amalkan baca doa berikut setiap kali sujud terakhir solat,






Kesan Sampingan ESP Yang Perlu Kita Tahu !







Mentang-mentanglah Shaklee tengah buat promosi ESP Beli 6 FREE 1, semua pakat dok cerita & share yang baik-baik saja pasal ESP. Takde satu pun yang buruk. Sampaikan ada yang bagitau  ESP ada 70 kebaikan & faedah bagi sesiapa yang amalkan dengan konsisten.


kebaikan esp untuk ibu hamil
ESP (Energizing Soy Protein)

Sekarang saya nak kongsi cerita pulak mengenai KEBURUKAN ESP. Baca & fahamkan betul-betul. Lepas tu boleh buat penilaian sendiri.





Pertama, kalau konsisten dengan ESP akan ada kesan pada tubuh kita, Terutamanya kepada ibu-ibu yang dalam pantang selepas melahirkan anak. Kebanyakan baju-baju & seluar kain yang kita pakai sebelum mengandung akan membesar. Silap-silap semasa awal mengandung pun sudah tak sesuai dengan kita. Tidakkah itu membazir namanya ? Encik suami pun mesti dah tak kuasa nak melayan kita untuk beli baju baru saiz S atau M yang sesuai dengan isteri dia.


Kedua, encik suami pasti akan kurang bagi duit belanja bulanan untuk makan minum. Mana taknya, dah selalu sangat skip makan pagi & malam. Penangan ESP punya pasallah. Kalau breakfast dengan ESP, mesti dah tak lalu nak makan nasi goreng, mee goreng. Paling tak pun, makan kuih je seketul dua. Malam pun sama. Kalau sebelum nih makan mee sup, meehoon tomyam, nasi paprik & segala mak nenek kudapan, bila dah minum ESP, semua tuh dah tolak tepi. En. suami senyum dalam hati "jimat duit aku". Sapa yang rugi sebab duit bulanan dah kena tolak ?

Yang ketiga, siapa-siapa yang jenis suka guna make-up mahal-mahal pun akan turut menyesal kalau dah start ketagih dengan ESP. Sebabnya kalau selalu minum ESP, kita dah jadi malas nak sapu segala bedak, segala krim yang harga ratus-ratus tu. Kesan make-up tuh tak setanding dengan kesan ESP. Last-last tersadai je krim mahal tuh dalam almari solek. Tak pun masuk tong sampah sebab dah expired. Membazir kan ?


Keburukan ESP yang keempat terutamanya untuk ibu-ibu yang menyusu.  Mereka dah takde can nak buat alasan anak nak mengempeng lama-lama. Lebih-lebih lagi di rumah. Dah tak boleh nak elak dari buat kerja rumah sebab anak-anak yang menyusu jadi mudah kenyang. Apa kaitannya dengan ESP ? ESP kan sumber protein. Cukup khasiat untuk si anak. Protein dari ESP disalurkan untuk anak melalui susu ibu. Sebab itulah anak-anak mudah kenyang. 

kebaikan esp untuk ibu menyusu badan

Kelima & yang terakhir, ESP bekalkan tenaga lebih bagi wanita yang sedang mengandung. Biasanya kalau mengandung kita akan mudah penat & nak melepek aje kerjanya. Suami nengok pun kesian. Asyik tak larat nak bergerak. Tapi kalau konsisten dengan ESP, rasa cergas je. Rasa bertenaga, Muka pun takdelah nampak pucat & kusam. Kan dah rugi tu? Padahal time mengandunglah kita nak mengada-ngada dengan suami. Nak rehat lebih-lebih kat umah. Tapi biasalah kalau dah nama perempuan, Kalau dah cergas sikit, mulalah nak buat itu ini kan ? Suami pun dah jadi confuse "tak macam mengandung je bini aku nih?"... haa...siapa nak jawab tu..

Jadi, fikir-fikirkanlah & berhati-hatilah sebelum nak consume ESP. Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan ESP. Kena cuba dan alami sendiri. Dapatkan segala maklumat yang betul & sahih daripada pengedar terbaik anda.








Tips Menghadapi Anak Terkena Sawan Di Tengah Malam







Anak-anak kecil yang demam, jangan dibuat main. Kalau demam dah sampai 40 darjah celcius dan lebih, boleh dapat sawan. Kadang-kadang ada kes anak yang meningal dunia sebab sawan. Sawan ni biasanya berlaku pada kanak-kanak umur 6 bulan hingga 6 tahun. 


sawan semasa demam
demam yang tinggi boleh menyebabkan sawan


Bila dah kena sawan, kanak-kanak tu tidak akan sedarkan diri, kejang kaki badan, mata hitam terbeliak ke atas, air liur meleleh dan samapi boleh termuntah, terkencing atau terberak.



Sawan boleh berhenti dengan sendiri lepas 2-3 minit atau kurang. Jarang ada sawan yang lebih 10 minit. Tapi kalau sawan yang lebih 5 minit, kena cepat-cepat hantar kanak-kanak tu ke hospital. 

Kalau demam & nak elakkan sawan, kena jerlumkan tubuh anak sebab nak turunkan suhu badan. Pakaikan baju yang nipis-nipis ataupun tak pakaikan baju langsung, Ubat demam kena standby untuk kecemasan. Biasanya doktor akan bagi ubat bontot kalau tubuh terlalu panas. Kena pastikan jugak kipas & peredaran udara dalam rumah tu baik. Tidak berkuap. 



Baru-baru nih ada kawan yang anaknya berumur hampir 2 tahun terkena sawan di tengah malam. Agak panik sebenarnya sebab suaminya tiada di rumah. Nasib baik dia tau serba sedikit apa yang nak dibuat kalau anak terkena sawan. Pertama sekali, kena iringkan badan anak sebab jika dia muntah, dia takkan tersedak atau pun tertelan balik muntahnya. Pastikan barang-barang merbahaya dijauhkan dari anak & jangan tinggalkan sebarang objek di dalam mulut si anak. Yang paling penting, jangan sesekali tinggalkan anak kita sendirian & kalau sawan tu lebih 5 mnit, kena bawa ke klinik. 

Kalau nak tau, menurut kajian, anak yang mengalami sawan juga disebabkan sejarah keluarga terdekat yang mengidap sawan demam ketika kecil. Jadi, selalu beringatlah jika ahli keluarga kita ada yang pernah mendapat sawan. 

Akhir kata, moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.