Bahayanya alahan terhadap protein susu lembu

Susu ibu sememangnya makanan terbaik untuk tumbesaran bayi. Namun tidak semua ibu-ibu bernasib baik dapat menyusukan anak mereka disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Misalnya kekurangan susu badan, sakit, tekanan & perubahan hormon. Oleh itu, ibu-ibu beralih arah kepada alternatif lain iaitu memberikan anak mereka susu formula.

Namun, tidak semua bayi boleh minum susu tepung disebabkan alergi kepada protein susu lembu (CMPA - Cow's Milk Protein Allergy)






CMPA atau tindak balas alahan hiper sensitif terhadap protein susu lembu boleh menjejaskan tumbesaran.

CMPA boleh berlaku jika ada di antara ahli keluarga yang meghidapinya. Jika ibu bapa mempunyai alahan, bayi terdedah kepada 40-60 peratus risiko. Risiko lebih tinggi dialami iaitu antara 50 hingga 80 peratus jika ibu bapa menunjukkan manifestasi sama.

Gejala CMPA

  • Ekzema atau ruam kulit
  • sakit perut
  • muntah
  • cirit-birit
  • meragam
  • berat badan tidak bertambah dan jika ada, ia terlalu sedikit
  • banyak angin dalam perut
  • sukar bernafas

Dua faktor bayi alami CMPA

  • Alahan pada susu lembu bukan satu-satunya penyebab kepada sakit perut, ekzema, ruam, muntah, cirit-birit atau bayi tidak berhenti menangis. Gejala ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang memerlukan rawatan
  • Bahaya reaksi anafilaksis (gejala yang timbul selepas beberapa minit minum@makan makanan yang mereka alah). Jadi sangat penting untuk doktor mengesahkan anak kita memang alami alahan pada protein susu lembu kerana jika ya, kita perlu memastikan anak tidak diberi semua susu, produk susu dan makanan yang mengandungi susu lembu


Rawatan

  • Untuk bayi yang diberikan susu badan tetapi alami alahan CMPA, kita tidak perlu menghentikan pemberian susu badan kerana ia adalah makanan yg terbaik utk bayi. Malah, gejala alahan ini akan hilang jika ibu menghentikan pengambilan produk mengandungi susu lembu
  • Untuk bayi yg diberikan susu formula, doktor akan menyarankan ibu bapa bertukar kepada suu formula berasaskan soya atau hidrolisat.
  • Jika anak disahkan mengalami alahan susu yg teruk, doktor akan memberi ubat khusus sebagai tambahan kepada diet bebas susu lembu. Ubat ini seperti antihistamin atau epinefrin perlu digunakan mengikut arahan iaitu hanya apabila anak tersilap mengambil produk mengandungi susu lembu dan menunjukkan reaksi alahan











No comments:

Post a Comment